Tabika Perpaduan Taman Murni telah beroperasi sejak 1hb Disember 1993 sehingga kini dibangunan Dewan Murni yang terletak di Taman Murni Jalan Haji Jaib Muar. Kelas Tabika Perpaduan Taman Murni ini pada asalnya merupakan sebuah Pejabat KRT 4B dan segala aktiviti Rukun Tetangga dijalankan di bangunan ini
Pada tahun 1996 dengan peruntukkan sebanyak RM10,000.00 bangunan ini kemuadiannya telah diubahsuai menjadi kelas tabika atas inisiatif Pegawai Perpaduan Daerah Muar. Kelas yang baru ini telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan asas dan kawasan kelas juga menjadi lebih luas dan selesa untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Dan bangunan ini merupakan jenis kekal.
Sejak 20 tahun penubuhannya,kelas Tabika Taman Murni ini juga telah mencapai beberapa tahap peningkatan dan kecemerlangan dalam aktiviti dalam dan luar kelas atas usaha guru-guru dan JPTP kelas tabika ini.
Ruang didalam kelas yang teratur dan peralatan yang lengkap.
Sudut mengajar yang luas dan selesa.
Sudut menonton dan ruang rehat untuk kanak-kanak yang bersih dan selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan