Rabu, 16 Januari 2013

AKTIVITI TABIKA PERPADUAN TAMAN MURNI 2012
















TENAGA PENGAJAR TABIKA PERPADUAN TAMAN MURNI

CIKGU AWIN (BERBAJU BIRU) DAN CIKGU ELLY BERSAMA MURID.

Tahun 2010 bermulalah era baru dalam struktur kelas Tabika Perpaduan Taman Murni Muar dimana Cikgu Noor Mazuin Bt Mahzan atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Awin,di tugaskan mengajar di kelas ini. Pengalaman hampir 8 tahun sudah cukup untuk beliau menggalas tanggungjawab mendidik kanak-kanak bandar. Yang mana sebelum ini,Cikgu Awin berpengalaman mengajar di tabika luar bandar.

PROFIL LENGKAP GURU:

NAMA:   NOOR MAZUIN BINTI MAHZAN
ALAMAT:  NO 43 TAMAN SRI CEMPAKA JALAN JONID MUAR
PENDIDIKAN:
-SEK RENDAH DI SK BUKIT PASIR.
-SEK MENENGAH DI SM TUN MAMAT DAN SM TUN PERAK
-SIJIL PERGURUAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
-DIPLOMA PERGURUAN PENGAJIAN PRA SEKOLAH ( INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA TUN HUSSIN ONN BATU PAHAT)
PENGALAMAN:
2001-2002-MENGAJAR DI TABIKA PERPADUAN KEBUN BARU
2003-MENGAJAR DI TABIKA PERPADUAN TAMAN AMAN
2004-2005-MENGAJAR DI TABIKA PERPADUAN SEROM
2006-2008- MENGAJAR DI TABIKA PERPADUAN BALAI RAYA BKT  GAMBIR.
2009- MENGAJAR DI TABIKA PERPADUAN TAMAN PAGOH JAYA
2010-SEHINGGA KINI- MENGAJAR DI TABIKA PERPADUAN TAMAN MURNI.
JAWATAN LAIN: DILANTIK MENJADI JURULATIH UTAMA TABIKA PERPADUAN DAERAH MUAR

Pembantu Guru bagi Tabika Perpaduan Taman Murni ini ialah,

PROFIL PEMBANTU GURU:

NAMA: ELLEY FARHANA BINTI BAHARIN
ALAMAT: KAMPUNG PARIT SAKAI MUAR
PENDIDIKAN: SPM
PENGALAMAN:
-2011- PEMBANTU GURU DI TABIKA PERPADUAN PAGOH
-2012 SEHINGGA KINI - PEMBANTU GURU TABIKA PERPADUAN TAMAN MURNI

TABIKA TAMAN MURNI 2012 PERINTIS KAEDAH MONTESSORI

APA ITU MONTESSORI?
Metode Montessori adalah suatu metode pendidikan untuk anak-anak, berdasar pada teori perkembangan anak dari Dr. Maria Montessori, seorang pendidik dari Italia di akhir abad 19 dan awal abad 20. Metode ini diterapkan terutama di pra-sekolah dan sekolah dasar, walaupun ada juga penerapannya sampai keperingkat pendidikan menengah.

Ciri dari metode ini adalah penekanan pada aktiviti pengarahan diri pada anak dan pengamatan klinikal dari guru (sering disebut "direktor" atau "pembimbing"). Metode ini menekankan pentingnya penyesuaian dari lingkungan belajar anak dengan tingkat perkembangannya, dan peranan aktivii fizik dalam menyerap konsep akademik dan keterampilan praktik. Ciri lainnya adalah adanya penggunaan peralatan sebagai pemangkin pemikiran.

Seiring dengan itu Tabika Perpaduan Taman Murni telah dipilih untuk dijadikan sebagai pusat "Toy Library" dimana kaedah Montessori dan Simulasi. Kaedah ini digunapakai dalam penggunaan permainan yang merentas pembelajaran sejajar dengan kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan yang menjadi Tunjang Utama dalam Pembelajaran dan Pengajaran.

Di kelas Tabika Taman Murni,kaedah Montessori ini dibahagikan kepada 4 bahagian atau 4 sudut.
1. Sudut Sains Teknologi dan Matematik
2. Sudut Kerohanian,Sikap dan Moral & Kemanusiaan
3. Sudut Kreativiti Estetika Dan Perkembangan Psikomotor
4. Sudut Bahasa dan Keterampilan

Cantik dan Menarik 
Pelbagai bahan dan menimbulkan minat kanak-kanak 
Mencetuskan sifat Ingin Tahu dikalangan kanak-kanak 
Sedia melakukan aktiviti bersama-sama 
Antara sudut yang menarik dan memberi lebih pengetahuan kepada kanak-kanak. 
Peralatan bunyi-bunyian dan menguji kemahiran membina struktur. 
Kerusi meja yang selesa  
Sudut mini Boneka yang akan mempamerkan bakat kanak-kanak

Isnin, 14 Januari 2013

SEJARAH TABIKA PERPADUAN TAMAN MURNI MUAR


Tabika Perpaduan Taman Murni telah beroperasi sejak 1hb Disember 1993 sehingga kini dibangunan Dewan Murni yang terletak di Taman Murni Jalan Haji Jaib Muar. Kelas Tabika Perpaduan Taman Murni ini  pada asalnya merupakan sebuah Pejabat KRT 4B dan segala aktiviti Rukun Tetangga dijalankan di bangunan ini
Pada tahun 1996 dengan peruntukkan sebanyak RM10,000.00 bangunan ini kemuadiannya telah diubahsuai menjadi kelas tabika atas inisiatif Pegawai Perpaduan Daerah Muar. Kelas yang baru ini telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan asas dan kawasan kelas juga menjadi lebih luas dan selesa untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Dan bangunan ini merupakan jenis kekal.

Sejak 20 tahun penubuhannya,kelas Tabika Taman Murni ini juga telah mencapai beberapa tahap peningkatan dan kecemerlangan dalam aktiviti dalam dan luar kelas atas usaha guru-guru dan JPTP kelas tabika ini.

Ruang didalam kelas yang teratur dan peralatan yang lengkap.
Sudut mengajar yang luas dan selesa.
Sudut menonton dan ruang rehat untuk kanak-kanak yang bersih dan selesa.